Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Gerakan Hizbullah Lubnan berkata bahawa para pejuang pertubuhan itu telah menyasarkan kenderaan tentera milik rejim Zionis Israel di wilayah Palestin yang dikawal oleh Tel Aviv sekaligus membunuh sebahagian anggota tentera dan mencederakan yang lain.
Menurut pergerakan itu, operasi tersebut telah dilancarkan oleh dua pasukan elit Hizbullah pada hari Ahad. Mereka pada awalnya menyasarkan dua kenderaan tentera rejim. Akan tetapi, salah satu daripada kenderaan itu berjaya melepaskan diri daripada serangan tersebut.
Pejuang Hizbullah "telah memusnahkan sebuah kenderaan tentera di jalan yang menuju ke kem Avivim sekaligus membunuh dan mencederakan mereka yang berada di dalam kenderaan tersebut," lapor Hizbullah di dalam kenyataan mereka yang disiarkan oleh saluran berita Al-Mayadeen.
Susulan daripada serangan hari Ahad itu, sumber Israel mengesahkan bahawa sebuah kenderaan tentera milik rejim telah diserang di kawasan sempadan tersebut. Menurut mereka, kenderaan itu telah diserang oleh peluru berpandu anti-kereta kebal.
Sumber Israel turut mengesahkan bahawa serangan itu telah dilancarkan daripada wilayah Lubnan yang kemudiannya disusuli dengan respon daripada tentera rejim, lapor Reuters.
Selepas laporan awal berhubung serangan itu disiarkan, jurucakap tentera rejim menyeru mereka yang tinggal di tanah jajahan Tel Aviv -sekitar empat kilometer dari wilayah Lubnan- untuk kekal di rumah. -PRESS TV
1 September 2019 - 15:02
News ID: 973099
Gerakan Hizbullah Lubnan berkata bahawa para pejuang pertubuhan itu telah menyasarkan kenderaan tentera milik rejim Zionis Israel di wilayah Palestin yang dikawal oleh Tel Aviv sekaligus membunuh sebahagian anggota tentera dan mencederakan yang lain.